SERIBU RASA
SERIBU RASA
nak kata gembira ada
nak kata sedih ada
nak kata takut pon ada
semua ni bermain di benak hati
menggalas sebuah tanggungjawab yang suci
masa terus memecut dengan pantas
jarum saat pula gah melonjakkan dirinya
dari satu detik ke detik yamg lain
sang mentari dan sang bulan memunculkan dirinya tanpa henti
ya rabbi
yang membolak segala perasaan dalam sanubari
yang mengerti segala isi hati
tanpa perlu diungkap
teguhkanlah sekeping hati
yang terkontang kanting pendiriannya
yang pernah tersungkur
dek kerana terlalu alpa dengan pancaroba dunia
ku mohon dengan penuh syahdu
dibalik tirai jendela
sambil mengenangkan sebujur tubuh
yang dahagakan kasih dan sayang MU

Comments
Post a Comment