SERIBU RASA
SERIBU RASA nak kata gembira ada nak kata sedih ada nak kata takut pon ada semua ni bermain di benak hati menggalas sebuah tanggungjawab yang suci masa terus memecut dengan pantas jarum saat pula gah melonjakkan dirinya dari satu detik ke detik yamg lain sang mentari dan sang bulan memunculkan dirinya tanpa henti ya rabbi yang membolak segala perasaan dalam sanubari yang mengerti segala isi hati tanpa perlu diungkap teguhkanlah sekeping hati yang terkontang kanting pendiriannya yang pernah tersungkur dek kerana terlalu alpa dengan pancaroba dunia ku mohon dengan penuh syahdu dibalik tirai jendela sambil mengenangkan sebujur tubuh yang dahagakan kasih dan sayang MU